Feb 27

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

A04D3225Pegawai dan anggota Angkatan Kapal Selam bergambar bersama wakil
dari Universiti Malaysia Sabah 

KOTA KINABALU, 26 Feb – Warga Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM telah mengadakan lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini yang diketuai oleh Kdr Mohd Hazizi bin Mohd Hanapiah TLDM.  Lawatan oleh 50 pegawai dan anggota AKAS TLDM ini bertujuan melihat dengan lebih dekat praktis EKSA di UMS yang telah dipersijilkan EKSA Cemerlang pada 1 Dis 17.

Program lawatan dimulai dengan sesi taklimat EKSA yang dilakukan oleh Encik Samsuidin bin Nurdin, Timbalan Pendaftar Sektor Pembangunan Manusia UMS merangkap Ketua Kluster EKSA UMS. Di dalam taklimat tersebut, beliau telah berkongsikan tips dan pengalaman UMS dalam memperkenalkan dan membudayakan amalan EKSA di kalangan warganya sehingga berjaya dipersijilkan. Selain itu, beliau turut berkongsikan cabaran yang dihadapi sepanjang usaha membudayakan EKSA ini. Ini memandangkan EKSA di UMS mencakupi kawasan yang luas iaitu terbahagi kepada 9 bahagian dan 36 zon serta melibatkan ramai warga daripada pelbagai lapisan bermula daripada golongan pentadbir sehingga ke pelajar.

Bagi melihat sendiri dengan lebih dekat amalan EKSA UMS, delegasi lawatan telah dibawa melawat ke bangunan utama pentadbiran UMS yang terdiri daripada Jabatan Canselor dan Jabatan Pendaftar UMS. Para delegasi dibawa untuk melihat sendiri amalan EKSA di setiap kawasan pejabat yang dilawati dan turut dibenarkan mengambil gambar amalan-amalan EKSA yang dilaksanakan.

Pihak AKAS TLDM amat terharu dan berterima kasih di atas layanan yang diterima para delegasi di sepanjang lawatan penandaarasan ini. Penyampaian cendera kenangan telah disempurnakan oleh Ketua Delegasi Kdr Mohd Hazizi bin Mohd Hanapiah TLDM kepada Ketua Kluster EKSA UMS dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama delegasi. Sesungguhnya lawatan ini dapat memberikan panduan kepada warga AKAS dalam membangun serta membudayakan amalan EKSA dikalangan warganya sebagai persiapan AKAS ke arah pensijilan EKSA 2019.

Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel   : Lt Kdr Noor Hazri Bin Mohd Dzohir TLDM
Foto      : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 27 Februari 2019 03:58

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM