Mac 11

LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN)

PIC 1Delegasi lawatan bergambar di Foyer Markas Pemerintahan Kapal Selam

KOTA KINABALU, 10 Mac - Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah menerima lawatan daripada Pengurusan Tertinggi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang diketuai oleh pengarahnya Yang Berbahagia Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad. Delegasi lawatan seramai 23 orang ini telah disambut oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan berkenaan kesiapsiagaan aset strategik negara dan pengurusan kapal selam.

Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas oleh Komander Kamalrulzaman bin Zainul Ahkmar TLDM, Asisten Ketua Staf Operasi dan Peperangan berkenaan sejarah perolehan, peranan dan selenggaraan kapal selam serta fungsi MPKS di dalam memastikan kesiapsiagaan kapal selam sentiasa berada di tahap tertinggi serta boleh diaturgerak pada sebilang masa.

Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Tactical Simulator (SIMTAC) dan Diving Simulator (SIMDIV) di Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) untuk memberi gambaran lebih jelas lagi berkenaan tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh submariner TLDM apabila kapal selam diarahkan melaksanakan operasi atau latihan. Semasa lawatan di SIMTAC, delegasi telah diberi peluang untuk mendengar bunyi yang dikesan melalui sonar kapal selam dan menjadi periscope operator semasa simulasi kapal selam berada di kedalaman periskop.

Pengalaman simulasi first diving yang dilaksanakan di SIMDIV ternyata memberikan pengalaman yang sukar dilupakan oleh mereka. Penerangan lanjut berkenaan proses penghasilan seorang kru kapal selam yang kompeten juga telah disampaikan semasa kedua-dua simulasi ini dilaksanakan dan delegasi INTAN berasa kagum dengan pencapaian submariner TLDM di dalam memastikan kesiapsiagaan diri dari segi kompetensi dan stress management diuruskan dengan baik.

Lawatan ke kapal selam pertama negara iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN menjadi sejarah yang julung kali buat semua delegasi INTAN. Lawatan selama 2 jam ini telah membuktikan kepada mereka bahawa submariner TLDM sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan menjadi yang terbaik.

Sumber  : Pejabat Perhubungan Awam MPKS TLDM
Artikel    : Lt Kdr Norhashim bin Nordin TLDM
Foto       : LK I KOM Anderson Andrew

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 11 Mac 2019 02:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 53

Semalam 350

Bulan ini 8053

Keseluruhan 549973

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM