Mac 12

NAVY PEOPLE SAKSIKAN SERAH TUGAS KEPIMPINAN BAHARU KD MAHAWANGSA DAN PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN BEKALAN & URUS SETIA

GAMBAR 1Selesai. Kept Ivan Mario Andrew TLDM serah tugas dengan penuh bangga
setelah memimpin KD MAHAWANGSA selama 1 tahun 11 bulan 11 hari

LUMUT, 11 Mac - Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli hadir menyaksikan majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang terlaksana di Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat. Kepten Ivan Mario Andrew TLDM menyerahkan tampuk pemerintahan kapal ini kepada Komander Harisundar a/l Rajoo TLDM yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Memerintah Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR).

Selain menerima jawatan Pegawai Memerintah, Kdr Harisundar turut menyandang peranan sebagai Pegawai Kanan Skuadron MPCSS ke-31. Majlis telah disaksikan oleh warga Navy People yang berkhidmat di kapal dan unit di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Barat.

Turut mencipta sejarah tersendiri, majlis ini diserikan lagi dengan upacara pemakaian lencana kepakaran bagi pegawai cawangan Bekalan & Urus Setia. Pemakaian lencana kepakaran ini merupakan satu pengiktirafan dalam perkhidmatan terhadap kepentingan cawangan ini.

Seramai 38 orang pegawai TLDM cawangan Bekalan & Urus Setia telah menerima lencana kepakaran yang telah digunapakai secara rasmi dalam perkhidmatan TLDM mulai 6 Mac 2019. Pegawai yang tamat Kursus Lanjutan Pegawai Bekalan dan lulus Kursus Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia(CILTM) seterusnya dianugerahkan Member of Chartered Institute of Logistics and Transport kini layak memakai lencana kepakaran yang unik ini.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Selasa, 12 Mac 2019 05:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 53

Semalam 350

Bulan ini 8053

Keseluruhan 549973

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM