Mac 12

PENGANUGERAHAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI (TLDB) KEPADA PANGLIMA TENTERA LAUT

CN Reza in BruneiPemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyempurnakan pemakaian 
Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei kepada Datuk Mohd Reza

12 Mac - Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah diberi kehormatan dengan penganugerahan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua angkatan laut Malaysia dan Brunei.

Pemakaian Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Selesai majlis, Panglima Tentera Laut yang dalam lawatan ulungnya ke Brunei telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Kedua Brunei. Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemerintah ABDB dan juga Panglima Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Datuk Mohd Reza juga berkesempatan melawat Kapal Diraja Brunei Darulaman, kapal peronda luar pantai (Offshore Patrol Vessel - OPV) TLDB.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Rabu, 13 Mac 2019 00:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 120

Semalam 434

Bulan ini 8562

Keseluruhan 526387

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM