Mac 14

LATIHAN MENEMBAK UNIT PROTELA LUMUT

DSC 6976Anggota bersiap sedia untuk memulakan latihan penembakan

LUMUT, 13 Mac – Seramai 8 pegawai dan 357 anggota dari unit PROTELA Lumut telah melaksanakan latihan menembak senjata kecil jenis M4 di Lapang Sasar Abdul Samad, KD PELANDOK.

Latihan bertujuan untuk melatih dan mempraktikkan kemahiran asas ketenteraan dan mengikuti Arahan Latihan yang telah dikeluarkan merangkumi empat praktis dan meliputi jarak tembakan sejauh 300M.

Acara bermula dengan sesi taklimat ringkas oleh Lt Muhammad Naim bin Zainol Abidin TLDM. Sebelum memulakan latihan menembak, Pegawai Koordinasi Latihan memberi sedikit penerangan berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan semasa penembakan dijalankan. Pegawai dan anggota juga diberi masa untuk membiasakan diri dengan teknik penggunaan senjata api yang betul semasa menembak. Secara tidak langsung, kerjasama berpasukan dapat dipupuk di kalangan peserta dengan peningkatan kemahiran mereka melaksanakan latihan penembakan dalam pelbagai rutin jarak yang berbeza.

Sumber : Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 14 Mac 2019 08:16

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 61

Semalam 350

Bulan ini 8061

Keseluruhan 549981

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM