Mac 15

AUDIT KESIAGAAN UNIT BANTUAN UTARA TLDM TAHUN 2019

10Panglima Wilayah Laut 3 bergambar bersama pegawai dan
anggota Unit Bantuan Utara TLDM

BUTTERWORTH, 15 Mac – Unit Bantuan Utara (UBU) TLDM telah menjalankan audit kesiagaan tahun 2019 oleh Tim Audit Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) bermula dari 13 hingga 15 Mac 19. Tim Audit tersebut terdiri daripada 1 pegawai dan 8 anggota dari MAWILLA 3 dan diketuai oleh Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Mohamad Azuwan Bin Harun.

Audit ini merangkumi Pemeriksaan Teknikal Kenderaan dan Alat Pelbagai (PTKAP), Pemeriksaan Teknikal Senjata Kecil (PTSK) serta Pemeriksaan Teknikal Peluru dan Letupan (PTPL). Objektif Audit Kesiagaan ini adalah untuk menilai dari segi kemampuan dan keberkesanan UBU dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan tugas teras bagi mencapai visi dan misi unit ini, serta menambahbaik keberkesanan pengendalian pengurusan pelanggan.

Ia juga bagi menilai tahap kompetensi dan kesejahteraan warga organisasi dalam melaksanakan tugas mengikut panduan serta rujukan yang telah ditetapkan. Syabas diucapkan.

Sumber : Unit Bantuan Utara TLDM

Artikel   : Lt Dya Mohamad Hafiz Izzudin Bin Mohamad Noh TLDM

Foto      : LK l TMK Mohd Saiful Anuar Bin Che Mohamed Zanara

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 15 Mac 2019 12:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 117

Semalam 434

Bulan ini 8559

Keseluruhan 526384

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM