Mac 17

PROGRAM JIWA MURNI ANJURAN BERSAMA PERSATUAN NGO DAN TLDM

8Warga Navy People PWTL Kuching bergambar bersama ahli persatuan NGO 

KUCHING, 17 Mac - TLDM dengan kerjasama HIDUP, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) dan beberapa persatuan yang lain telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan yang bakal dijadikan sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teng Bukap, Padawan, pada Ahad lepas. Bangunan tersebut telah diserahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada HIDuP untuk dioperasikan sebagai PPDK Teng Bukap dalam masa terdekat.

Selain daripada warga  Navy People PWTL Kuching termasuk pegawai dan anggota PSSTLDM, penduduk kampung dan beberapa ahli persatuan NGO serta kelab motosikal juga turut melibatkan diri dalam program ini. Pemilik Jangoi River Lodge yang merupakan penduduk tempatan di lokasi berhampiran turut menyumbang dari segi sajian termasuk menu tradisional ‘ayam pansoh’ sebagai tanda penghargaan terhadap pihak yang terlibat sebaik selesai program tersebut.

Turut hadir semasa program tersebut, Pegawai Operasi Tim Nukleus MAWILLA 4 merangkap Pegawai Staf PSTL Kuching, Lt Kdr Ryandal Adrian Andreas TLDM yang menyelaras aktiviti tersebut bersama wakil persatuan NGO yang terlibat. Kerja-kerja pembersihan merangkumi pembersihan kawasan bangunan, memotong rumput dan pembuangan sampah, sebelum diserahkan kepada pihak kontraktor untuk diubahsuai sebagai pusat kebajikan di kawasan Teng Bukap, Padawan.

Program seumpama ini dapat memberi peluang kepada masyarakat awam untuk berinteraksi dengan warga Navy People dan secara tidak langsung dapat mengenali TLDM melalui budaya kerja yang professional di samping mempromosikan hari TLDM Ke-85 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 18 Mac 2019 00:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 308

Semalam 479

Bulan ini 9978

Keseluruhan 539965

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM