Mac 18

MAJLIS PENYERAHAN PELATIH KAPAL SELAM PENGAMBILAN KE-9

Gambar 1 Panglima Angkatan Kapal Selam dan Pegawai Memerintah Pusat Latihan
Kapal Selam bergambar bersama Peserta KKKS 1 Pengambilan Ke-9

KOTA KINABALU, 15 Mac – Majlis Penyerahan Pelatih Kapal Selam Pengambilan Ke-9 telah diadakan di Auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) TLDM oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain kepada Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) TLDM, Kept Mohd Razib bin Tahir TLDM.

Seramai 23 pelatih dari Pengambilan Ke-9 ini telah layak untuk mengikuti Kursus Kelayakan Kapal Selam Tahap 1 (KKKS 1) di PLKS selepas berjaya menamatkan dan lulus Naval Science Application Course yang telah berlangsung mulai 27 Ogos hingga 2 Disember 2018 di KD PELANDOK. Pengambilan Ke-9 terdiri daripada 9 orang pegawai dan 14 orang anggota lain-lain pangkat.

Dalam ucapan beliau, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy mengalu-alukan kedatangan peserta dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan kerana terpilih menyertai KKKS 1. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh semua warga Angkatan Kapal Selam.

Sumber : Pejabat Perhubungan Awam MPKS
Artikel   : Lt Azri bin Bakar TLDM
Foto      : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 17 April 2019 02:53

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 501

Bulan ini 8692

Keseluruhan 574938

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM