Mac 25

PAMERAN KERJAYA DAN KEMPEN KESEDARAN AWAM

13Sesi bergambar bersama agensi-agensi yang terlibat

KUCHING, 25 Mac - TLDM telah dijemput bagi mengadakan Program Pameran Kerjaya dan Kempen Kesedaran Awam bertempat di CityOne Megamall bersama beberapa agensi lain seperti Tentera Udara Diraja Malaysia Kuching, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 22 sehingga 24 Mac 19.

Objektif utama pameran ini adalah bertujuan memberi pendedahan serta mempromosikan kerjaya dan budaya TLDM kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, untuk menarik minat lebih ramai generasi muda Sarawak memilih dan menyertai kerjaya dalam TLDM.
Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mewujudkan serta mengeratkan hubungan baik di antara warga TLDM dengan masyarakat serta agensi-agensi lain. Tambahan pula, ia dapat memberi peluang kepada masyarakat umum untuk berinteraksi dengan warga TLDM serta mengetahui dengan lebih terperinci fungsi dan peranan TLDM di Kuching.

Aktiviti yang telah dilaksanakan termasuk sudut pameran kerjaya dan senjata api kecil TLDM, tayangan video promosi dan korporat TLDM, sudut interaksi promosi kerjaya, jualan cenderahati, berinteraksi dengan pengunjung melalui kuiz pengetahuan am TLDM, taklimat aplikasi K3M dan kajian indeks keselamatan maritim serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 26 Mac 2019 07:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 311

Semalam 479

Bulan ini 9981

Keseluruhan 539968

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM