Mac 28

BUKIT DINDING CHALLENGE 2019

1Wajah- wajah ceria.. Sebahagian warga Markas Tentera Laut yang
menyertai Bukit Dinding Challenge 2019

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Cuaca panas dan berbahang tidak mematahkan semangat 150 warga Markas Tentera Laut (MkTL) untuk menyahut cabaran Bukit Dinding Challenge 2019 anjuran Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM. Bukit ini merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan awam yang terletak bersempadan antara Setiawangsa dan Wangsa Maju dengan ketinggian hampir 300m.

Aktiviti mendaki ini adalah sebahagian pengisian program sukan berpusat yang dianjurkan secara bergilir pada setiap bulan oleh unit di bawah naungan MkTL.

Acara ini telah menyaksikan penyertaan yang amat memberangsangkan di mana peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan yang dianggotai seramai 8 hingga 10 orang. Aktiviti ini menekankan kerjasama berkumpulan atau esprit de-corps. Setiap kumpulan perlu melepasi tiga check point dan perlu menamatkan pendakian dengan jumlah ahli yang cukup.

Cabaran pendakian selama 45 minit akhirnya berjaya dilalui oleh para peserta dengan menyaksikan Bahagian Sumber Manusia-Pembangunan muncul sebagai juara disusuli oleh  Bahagian Komunikasi dan Informasi di tempat kedua dan Bahagian Perundangan di tempat ketiga.

Sumber  : Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM (RMN Sea Power Centre)
Artikel    : PW I PRL Normahaily binti Mohd Nor
Foto       : BK TMK Amran bin Md Julis

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 29 Mac 2019 07:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM