Apr 02

CHIEF OF NAVY ROUNDTABLE TALKS 2019

CRNT19Laksamana Datuk Mohd Reza dan Panglima-panglima Tentera Laut asing
bergambar bersama Menteri Pertahanan Malaysia

LANGKAWI, 26 Mac - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menganjurkan Chief of Navy Roundtable Talks(CNRT‘19) bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) pada hari ini bersempena dengan penganjuran LIMA’19. Persidangan ini merupakan sebuah forum eksklusif yang disertai Panglima-Panglima Tentera Laut di peringkat serantau bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan isu maritim dan keupayaan tentera laut.

Tema CNRT kali ini adalah “Commandeering Today’s Navy to Safeguard Tomorrow’s National Interest: Aligning Navies Strategy With National Development Goal”. YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan tersebut.

Seramai 100 peserta menghadiri CNRT’19 yang terdiri daripada 6 orang Panglima Tentera Laut, 21 orang wakil Panglima Tentera Laut asing dan selebihnya adalah delegasi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim dalam dan luar negara beserta ketua-ketua agensi maritim kebangsaan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dalam ucapan beliau menyatakan bahawa edisi CNRT kali ini membincangkan antara lain pendekatan pengurusan strategik angkatan tentera laut dalam mendokong aspirasi pelan pembangunan negara.

Sesi pembentangan disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu masing-masing: Panglima Armada US Pasifik - Admiral John C. Aquilino, Panglima Tentera Laut Sri Lanka - Vice Admiral Piyal de Silva dan Ketua Pegawai Operasi Reflex Marine - Ms Sandra Antonovic.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Sabtu, 06 April 2019 11:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 311

Semalam 479

Bulan ini 9981

Keseluruhan 539968

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM