Apr 02

PERSIDANGAN MARITIM KEBANGSAAN 2019 SEMPENA LIMA’19

Tun MTun Dr Mahathir merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan semperna LIMA'19

LANGKAWI, 27 Mac – Persidangan Maritim Kebangsaan 2019 atau dikenali sebagai National Maritime Conference 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Resort World Langkawi. Persidangan ini diadakan bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA’19).

YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan pembukaan persidangan ini. Turut serta dalam persidangan ini adalah Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan serta 150 peserta yang mewakili pelbagai organisasi berkaitan maritim, termasuk dari institusi pengajian tinggi serta komuniti maritim tempatan.

Dengan bertemakan Malaysia a Maritime Nation: Charting the Passage seramai lapan ahli panel dari kalangan ketua agensi kerajaan, akademia dan industri telah berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka ke arah objektif untuk memartabatkan agenda 'Malaysia Negara Maritim' melalui tindakan bersepadu dan tersusun oleh semua agensi kerajaan serta bukan kerajaan, termasuk pemain industri dan akademia.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai penganjur persidangan ini berharap garapan idea dan pandangan yang diperolehi melalui persidangan ini akan menjadi penggerak ke arah pewujudan satu mekanisme tadbir urus lautan nasional (ocean governance) yang mampu menggembleng usaha ke arah mengoptimumkan pelbagai sumber yang dimiliki negara.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Khamis, 04 April 2019 07:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM