Apr 02

FUN RIDE DAN FUN RUN LIMA‘19

Fun RunPeserta dari delegasi tentera laut asing bergambar selepas menamatkan larian 

LANGKAWI, 28 Mac 19 - Buat pertama kalinya Segmen Maritim LIMA’19 menganjurkan aktiviti berbasikal dan larian santai yang dikenali sebagai LIMA’19 Fun Ride serta Fun Run. Aktiviti ini membabitkan lebih 400 peserta terdiri daripada petugas-petugas LIMA’19, warga kapal TLDM, delegasi tentera laut negara asing dan agensi-agensi setempat.

Bagi penganjuran pertama, aktiviti berbasikal dan larian ini dilaksanakan secara tertutup sebagai percubaan untuk LIMA akan datang dan dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany.

Objektif utama penganjuran LIMA`19 Fun Ride dan Fun Run adalah untuk meningkatkan interaksi dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti maritim yang terlibat. Peserta Fun Ride LIMA’19 terdiri daripada Jawatankuasa Laksamana (panglima-panglima dalam TLDM), delegasi Tentera Laut negara asing, Pegawai Memerintah kapal TLDM dan tentera laut negara asing.

Peserta Fun Ride perlu mengayuh basikal sejauh 5 kilometer bermula di lobi dan berakhir di Tapak Pameran Statik Segmen Maritim, Resorts World Langkawi. Manakala peserta Fun Run perlu berlari sejauh 5 kilometer bermula dan berakhir di tapak Pameran Statik Segmen melalui jalan yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka menerima Pingat Penyertaan Fun Run LIMA’19.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Khamis, 04 April 2019 07:21

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 308

Semalam 479

Bulan ini 9978

Keseluruhan 539965

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM