Apr 02

PROGRAM FLEET CULTURAL & FOOD FESTIVAL NIGHT SEMPENA LIMA’19

Cultural NiteMenteri Pertahanan berkunjung ke salah sebuah gerai dan mencuba makanan
yang disediakan oleh delegasi terlibat 

LANGKAWI, 29 Mac – Fleet Cultural and Food Festival Night sempena Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition 2019 (LIMA'19) bertempat di Grand Ball Room, Resort World Langkawi. Majlis ini dianjurkan oleh Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut sebagai tuan rumah Segmen Maritim LIMA’19 dan turut dihadiri Menteri Pertahanan YB Mohammad bin Sabu.

Majlis ini melibatkan 12 buah negara iaitu Australia, Bangladesh, Brunei, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, South Korea, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Negara-negara sahabat. Acara ini antara lain bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

a. Meningkatkan kerjasama antara Negara Sahabat melalui komitmen yang diberikan sepanjang acara berlangsung.

b. Mengenali aspek kebudayaan Negara sahabat melalui persembahan yang dipertontonkan.

c. Mengenali, merasai dan mempelajari sajian-sajian Negara sahabat yang dihidangkan pada majlis tersebut.

d. Sebagai platform untuk warga Navy People bertukar pandangan dengan warga Negara sahabat.

e. Meningkatkan kemesraan dan interaksi serta meningkatkan kesefahaman di antara warga TLDM dan Negara sahabat.

f. Menjadi acara kemuncak yang berprestij untuk meraikan Negara sahabat yang mengambil bahagian di Segmen Maritim LIMA’19.

Setiap warga Navy People tidak kira peringkat atau pangkat sangat menantikan acara yang gilang-gemilang ini. Di samping itu, kesungguhan semua pihak untuk melancarkan majlis ini menunjukkan sikap dedikasi dan Esprit De Corps atau semangat setia kawan sekali gus menunjukkan kesefahaman yang tinggi di kalangan Negara-negara sahabat yang menjadi tunggak asas untuk memastikan keselamatan maritim dan keamanan serantau terpelihara.

Majlis ini dihadiri seramai 200 tetamu jemputan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta melibat 800 Navy People dari 12 buah Negara.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Rabu, 10 April 2019 01:10

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 370

Semalam 501

Bulan ini 8694

Keseluruhan 574940

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM