Apr 12

KEJOHANAN SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2019

ATLET TLDMLaksma Anuar bin Mohamed bersama pegawai dan atlet TLDM selesai upacara
perasmian penutup 
Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2019

LEMBAH KLANG, 12 Apr - Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2019 anjuran Lembaga Sukan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berlangsung pada 8 hingga 12 Apr 19 di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kem Terendak, Melaka. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Bola Tampar Pegawai Lelaki , Petanque, Ping Pong, Polo Air dan Renang. Karnival Sukan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Bola Tampar Lelaki

Johan: TLDM

N/Johan: TDM

Ketiga: TUDM

b) Bola Tampar Wanita

Johan: TLDM

N/Johan: TDM

Ketiga: TUDM

c) Bola Tampar Pegawai Lelaki

Johan: TDM

N/Johan: TUDM

Ketiga: TLDM

d) Petanque

Johan: TUDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TDM

e) Ping Pong

Johan: TUDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TDM

f) Polo Air

Johan: TDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TUDM

g) Renang

Johan: TDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TUDM

Untuk karnival sukan pada kali ini, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memenangi 2 acara iaitu Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Wanita manakala Bola Tampar Pegawai Lelaki mendapat tempat ketiga. Acara Petanque, Renang, Polo Air dan Ping Pong mendapat Naib Johan.

Pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan wang insentif kepada persatuan yang mendapat johan untuk menaikkan lagi semangat juang dan moral atlet agar sentiasa mengekalkan prestasi dan mengharumkan nama TLDM.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato’ Kamaruzaman bin Mohd Othman TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Angkatan Tentera.

Tahniah kepada pengurusan dan atlet TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah unit yang telah memberi pelepasan kepada atlet-atlet TLDM.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-12 berturut-turut dalam ISG 2019 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

Sumber : Lembaga Kawalan Sukan TLDM
Artikel   : Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM

Klik ke galeri

Read 345 times Last modified on Isnin, 15 April 2019 00:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM