Apr 14

PELAYARAN ULUNG PANGLIMA TENTERA LAUT BERSAMA KD TUNKU ABDUL RAHMAN

8Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany bersama ahli Jawatankuasa
Laksamana (JLAKS) di anjungan KD TUNKU ABDUL RAHMAN

KOTA KINABALU, 10 April – Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut (PTL) telah meluangkan masa mengikuti Pelayaran bersama Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) dan program ini merupakan pelayaran ulung bersama kapal selam TLDM sejak memegang tampuk pemerintahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 30 November 2018. Program bermula dengan menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian tekanan menggunakan hyperbaric chamber di Pusat Rawatan Bawah Air, Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK).

PTL bersama ahli JLAKS telah berlepas ke KD KELANTAN menaiki Pesawat EC 725 pada jam 8 pagi dari Stesen Udara, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). Delegasi ini turut disertai oleh Panglima Armada Timur, Panglima Armada Barat, Panglima Angkatan Kapal Selam, Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Logistik Timur. Setiba di KD KELANTAN, PTL dan delegasi telah disambut oleh Pegawai Memerintah KD KELANTAN, Kdr Amron bin Sawat TLDM di Geladak Penerbangan KD KELANTAN. Seterusnya, PTL dan delegasi dibawa menaiki Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) untuk dipindahkan ke KD TAR yang berada di kedudukan berhampiran.

Pegawai Memerintah KD TAR, Kdr Azizan bin Mat Jan TLDM telah mengaturkan beberapa siri demonstrasi seperti menyelam dan navigasi di kedalaman berbeza, pengoperasian sonar dan sistem-sistem sokongan yang lain. Aktiviti turut merangkumi simulasi penembakan torpedo sewaktu kapal dalam mod perang. PM KD TAR turut menyampaikan sijil selaman kepada PTL dan delegasi sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Setelah selesai penyelaman, PTL dan delegasi dipindahkan semula ke KD KELANTAN sebelum pulang ke PTKK menaiki pesawat EC 725.

Kapal selam TLDM merupakan aset strategik dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara. Peluang pelayaran bersama kapal selam ini telah dapat memberikan peluang kepada pihak Pengurusan Tertinggi TLDM tentang tugas dan cabaran yang dihadapi oleh krew kapal selam sewaktu beroperasi di laut.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPKS
Artikel   : Lt Khairul Anwar bin Khalid TLDM
Foto      : PW I TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 17 April 2019 03:01

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 501

Bulan ini 8692

Keseluruhan 574938

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM