Apr 19

MAWILLA 1 ANJUR PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI TLDM KE-85

Ketua Staf MAWILLA 1Ketua Staf MAWILLA 1, beramah mesra bersama anggota yang hadir

TANJUNG GELANG, 16 Apr - Bersempena sambutan Hari TLDM ke-85, Markas Wilayah Laut 1 dan Pusat Perubatan Angkatan Tentera telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Auditorium Al-Haimi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan. Program kali ini telah mencapai objektif yang digariskan iaitu membantu Hospital Tengku Ampuan Afzan dalam pengumpulan darah. Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1, Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Program ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 116 orang termasuk agensi luar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan, Tentera Darat Kem 4 Briged Kuantan dan Polis DiRaja Malaysia. Dari 116 yang mendaftar, hanya 93 anggota telah layak menderma dan 23 anggota tidak layak menderma disebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : Sjn Mohd Norfaizal Bin Haji Anorbit (PPAT)
            : BM PNK Nurazli bin Abdul Hamid
Foto      : LK I PAP Saiful Bin Ahmad Nasir

Last modified on Jumaat, 19 April 2019 18:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM