Apr 19

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SEMPENA HARI ULANGTAHUN TLDM KE – 85

PerasmianLaksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis memotong dahan pokok
sebagai tanda perasmian program

KUANTAN, 17 Apr – Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti pembersihan pantai di Kampung Nelayan Balok Pantai. Program ini melibatkan warga Navy People MAWILLA 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Gebeng, Alam Flora Sdn Bhd, Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Widad Universiti College, SMK Pelabuhan, SK Pelabuhan dan SK Balok serta penduduk Kampung Nelayan Balok, Mukim Sungai Karang.

Peserta yang terlibat berkumpul seawal jam 0730 pagi di kawasan pantai dan perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis, Panglima Wilayah Laut 1.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan pantai di samping merapatkan silaturrahim diantara masyarakat setempat dan warga Navy People. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan semua agensi dan penduduk setempat yang terlibat dapat bekerjasama demi menjaga kebersihan pantai. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah seperti mengutip sampah sekitar pantai, memotong dan membersihkan pokok yang reput, memotong rumput dan mencuci pondok rehat.

Pada akhir program, Panglima Wilayah Laut 1 telah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terlibat. Program seumpama ini dapat memberi peluang kepada masyarakat awam untuk berinteraksi dengan warga Navy People dan secara tidak langsung dapat mengenali TLDM dan disamping mempromosikan sambutan Hari TLDM ke-85 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : SKTLDM Kuantan
Foto      : LK PBS Shahfulnizam
            : LK PAP Saiful

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 19 April 2019 19:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 53

Semalam 350

Bulan ini 8053

Keseluruhan 549973

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM