Apr 20

CERAMAH DAN LATIHAN MELAWAN KEBAKARAN OLEH BALAI BOMBA PADUNGAN KUCHING

6Warga PWTL Kuching bergambar kenangan bersama anggota
dari Balai Bomba Padungan Kuching

KUCHING, 20 Apr – Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching (PWTL) dengan kerjasama Balai Bomba Padungan Kuching, telah melaksanakan ceramah dan latihan melawan kebakaran bertempat di PWTL Kuching. Aktiviti ini melibatkan semua anggota termasuk PSSTLDM Kuching bermula pada jam 0900H.

Ceramah tentang melawan dan mencegah kebakaran, mengadakan latihan memadam api dan cara-cara pengendalian alat pemadam api dengan betul telah disampaikan oleh pegawai dan anggota bomba yang terlibat. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga PWTL tentang langkah-langkah melawan dan mencegah sekiranya berlaku kebakaran di tempat bertugas. Di samping itu juga, ia dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara agensi sejajar dengan konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan ringan.

Sumber : PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan

Klik ke galeri

Last modified on Ahad, 21 April 2019 12:29

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 62

Semalam 350

Bulan ini 8062

Keseluruhan 549982

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM