Apr 20

HARI TERBUKA ARMADA, PANGKALAN TLDM LUMUT 2019 TAMPIL YANG TERBAIK

Perasmian HTALumut19Panglima Armada Barat mengetuk loceng KD MALAYA simbolik
perasmian #HTALumut19

LUMUT, 20 Apr – Hari Terbuka Armada 2019 telah membuka tirai secara rasmi hari ini di Pangkalan TLDM Lumut. Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli berbesar hati merasmikan program yang saban tahun dilaksanakan TLDM.

Menarik kali ini, Hari Terbuka Armada 2019 turut menampilkan persembahan udara yang nyata berbeza. Aset Udara TLDM iaitu helikopter FENNEC dan SUPER LYNX bersama F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia telah berganding bahu menampilkan persembahan udara yang terbaik. Turut mencipta kelainan, Pasukan Khas Laut (PASKAL) tampil dengan pelbagai aksi yang mengujakan dalam persembahan Demonstrasi Menyelamat Mangsa Tebusan. Pasukan Kawad Senyap TLDM juga tidak ketinggalan mempamerkan persembahan membanggakan apabila berjaya menarik perhatian masyarakat dengan persembahan lincah, kemas dan teratur.

Bagi acara hari pertama, seramai 21,484 pengunjung telah membanjiri Pangkalan TLDM Lumut. Aktiviti kemasyarakatan seperti perkhidmatan percuma bagi pemeriksaan kesihatan dan pergigian serta booth pameran statik antara yang menjadi tarikan kepada pengunjung. Boat Ride menggunakan Bot Tempur TLDM, CB 90 turut menerima kunjungan yang tidak putus-putus bagi mereka yang ingin merasai peluang belayar bersama bot TLDM. Turut memeriahkan acara, pasukan motor berkuasa tinggi ’Gold Wing Bikers’ turut mempamerkan aset mereka dan beberapa kemahiran permotoran kepada pengunjung.

Panglima Armada Barat dalam ucapan beliau berharap sasaran pengunjung yang ditetapkan dapat dicapai dan mengharapkan agar masyarakat setempat mengambil peluang yang diberi untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di kapal-kapal TLDM khasnya.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Sabtu, 20 April 2019 12:55

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 31

Semalam 355

Bulan ini 7558

Keseluruhan 587484

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM