Apr 20

LUMUT AQUATHLON DAN FUN RUN AJAK WARGA NAVY PEOPLE DAN MASYARAKAT KEKAL SIHAT

Lumut AquathlonPenuh aksi! Peserta selesai berenang dan meneruskan acara larian
dengan penuh semangat

LUMUT, 20 Apr – TLDM melalui Markas Selam dan Peperangan Periuk Api telah berjaya melaksanakan acara Lumut Aquathlon & Fun Run pada 20 April 2019 (Sabtu) sempena sambutan Hari TLDM Ke-85. Dalam acara ini, sebanyak 390 penyertaan telah diterima dan lebih istimewa apabila TLDM turut menerima penyertaan daripada warga Orang Kurang Upaya (OKU). Acara Lumut Aquathlon menyaksikan seramai 160 peserta mengambil bahagian manakala selebihnya adalah penyertaan bagi acara Fun Run.

Acara Lumut Aquathlon telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Lelaki bawah 39 tahun, Lelaki Veteran dan Wanita. Acara Fun Run telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah, Panglima Pendidikan Dan Latihan. Pelepasan bagi peserta telah dilaksanakan tepat pada jam 8.40 pagi. Seterusnya, Panglima Armada Barat, Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli telah berbesar hati menyempurnakan acara pelepasan bagi peserta Lumut Aquathlon pada jam 9 pagi.

Kesemua peserta telah berjaya menamatkam acara ini pada jam 1045 dan seterusnya penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada jam 1100 pagi. Senarai pemenang adalah seperti berikut;

Lelaki Bawah 39 Tahun
Johan: (Army) Mohd Allie Helmy bin Sabtu (A031)
Naib Johan: (Navy) Mohammad Halif bin Husin (A015)
Ketiga: (Navy) Chan Jun Shen (040)
Keempat: (Navy) Ifdal Lokman bin Salahudin (139)
Kelima: (Awam) Sufari bin Badri (178)

Lelaki Veteran
Johan: (Navy) Mohd Fetry bin Habo (B003)
Naib Johan: (Awam) Mazlan Jemaan (B001)
Ketiga: (Awam) Amir Azri bin Agey (B013)
Keempat: (Navy) Ahmad Fauzi bin Chik (B005)
Kelima: (Awam) Muhammad Ariff bin Abul Huda Sharif (B002)

Wanita Terbuka
Johan: (Awam) Hannah Kamaruzaman (C003)
Naib Johan: (Navy) Presheila anak Raimi (C032)
Ketiga: (Navy) Joanna Pelicia anak Rohna (C005)
Keempat: (Awam)Mun pui yee (C014)
Kelima: (Navy) Ovella nak Akoi (C031)

Kesemua peserta telah berjaya menamatkan kedua-dua acara ini dengan baik tanpa sebarang kemalangan dan kecederaan. 

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Sabtu, 20 April 2019 12:52

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 30

Semalam 355

Bulan ini 7557

Keseluruhan 587483

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM