Apr 21

PROGRAM JIWA MURNI DI MA'AHAD AL-QURAN KASYFU AL-ULUM TANJONG BUNGA

UBU TLDMPegawai Memerintah UBU TLDM menerima cenderahati dari pengetua
Ma’had Al-Quran Kasyfu Al-Ulum

TANJUNG BUNGA, 20 Apr – Unit Bantuan Utara (UBU) TLDM telah mengadakan Program Jiwa Murni di Ma’had Al-Quran Kasyfu Al-Ulum Tanjong Bunga Pulau Pinang, sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-85. Program ini juga melibatkan warga KD SRI PINANG dan PWTL Pulau Pinang.

Objektif bagi Program Jiwa Murni adalah untuk memberi peluang kepada warga Navy People di kawasan Pulau Pinang mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat di kawasan penempatan tersebut. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada warga TLDM dengan aktiviti kemasyarakatan yang mulia dan berfaedah. Ia juga dapat menerapkan nilai-nilai masyarakat penyayang dengan penglibatan sepenuhnya bagi warga Navy People di sekitar Pulau Pinang.

Semoga amalan sebegini sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara warga TLDM dengan masyarakat setempat serta meningkatkan imej TLDM dimata masyarakat.

Sumber : UBU TLDM
Artikel   : Lt Dya Mohamad Hafiz Izzudin bin Mohamad Noh TLDM
Foto      : LK I TMK Mohd Saiful Anuar bin Che Mohamed Zanara

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 23 April 2019 04:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM