Apr 23

PROGRAM DERMA DARAH TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) TINGKATKAN KESEDARAN TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT

VD7A0458Laksamana Datuk Mohd Reza beramah mesra dan menyampaikan cenderahati
kepada anggota yang menderma

KUALA LUMPUR, 18 Apr - Markas Tentera Laut dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan. Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany turut meluangkan masa menghadiri program ini sambil beramah mesra bersama para penderma yang hadir.

Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang sempena Sambutan Hari TLDM Ke-85. Seramai 335 orang telah mendaftar sebagai penderma, namun hanya 258 orang sahaja yang layak menderma manakala 77 orang tidak layak sebagai penderma atas sebab-sebab tertentu.

TLDM mengambil langkah proaktif terhadap penganjuran program derma darah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah di samping memupuk kesedaran tanggungjawab masyarakat untuk sama-sama menyumbang dalam membekalkan darah yang selamat dan mencukupi bagi kegunaan pesakit yang amat memerlukan. Usaha murni ini merupakan program kerjasama berterusan dan dilaksanakan setiap tahun.

Program ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial TLDM dan menjadi program penting bagi TLDM dengan tujuan menambah bakti kepada masyarakat.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 23 April 2019 07:21

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 30

Semalam 355

Bulan ini 7557

Keseluruhan 587483

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM