Apr 23

PROGRAM JIWA MURNI PERINGKAT MARKAS ARMADA TIMUR SEMPENA HARI ULANG TAHUN TLDM KE-85

Laksamana Muda Khalid bin JaafarLaksamana Muda Khalid bin Jaafar menyempurnakan majlis perasmian
Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 23 Apr – Bersempena Sambutan Hari TLDM ke-85, pihak TLDM menerusi Markas Armada Timur telah menganjurkan Program Jiwa Murni bertempat di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Program ini telah dikoordinasikan oleh Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu bersama warga PTKK bermula pada 15 hingga 19 Apr 19. Skop perlaksanaan tugas adalah mengecat dinding bangunan dan tangga sekolah, mengecat tapak gelanggang sekolah, membersihkan keseluruhan longkang dan membaiki meja dan kerusi yang rosak.

Pada 22 Apr 19 yang lalu, Laksamana Muda Khalid bin Jaafar (Timbalan Panglima Armada Timur) telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM. Turut hadir pada majlis tersebut Puan Lau Su Fun (Guru Besar SK Pangkalan TLDM), Kdr Hairulnizam bin Hassin (Yang Di Pertua PIBG Sekolah Pangkalan TLDM), The Navy People dan wakil guru bersama murid-murid sekolah.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara TLDM dan warga guru SK Pangkalan TLDM disamping membantu pihak sekolah dengan melaksanakan kerja secara bergotong royong. Ianya juga dapat memupuk semangat bekerjasama TLDM dengan masyarakat serta membantu meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan selesa.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada warga The Navy People terutamanya Markas Pemerintahan Armada Timur merialisasikan hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM mendekatkan masyarakat tempatan dengan TLDM melalui Program Jiwa Murni. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan bagi membuka mata masyarakat tempatan terhadap peranan dan sumbangan TLDM di masa aman.

Sumber  : PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU
Artikel    : Lt Mohamad Izwan bin Zainal Abidin TLDM
Foto       : BK JTP Noor Azam bin Mohammad Naffek Yudin

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 24 April 2019 01:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM