Apr 24

PAMERAN STATIK PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU SEMPENA LIMA’19

15Pengunjung diberi peluang mencuba aset pertahanan udara LML-NG

KOTA KINABALU, 23 Apr – Bersempena Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition 2019 (LIMA’19), Markas Tentera Laut telah menganjurkan Pameran Segmen Maritim yang bertempat di Resort World Porto Malai Langkawi. Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu (PPU TLDM Kota Kinabalu) telah diberi peluang untuk menyertai pameran yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 26 sehingga 30 Mac 19.

Tim pameran diketuai oleh Pegawai Teknikal pasukan iaitu Lt Mohamad Izwan bin Zainal Abidin TLDM dan dibantu oleh 4x anggota pasukan. Dengan bertemakan ‘Malaysia a Maritime Nation’, pasukan diperkenalkan kepada umum mengenai kemampuan TLDM dalam Ground Base Air Defence (GBAD). Pameran berkonsepkan ‘Open and Static Display’ ini telah menarik ramai pengunjung untuk mencuba aset peralatan pasukan yang berbeza daripada aset-aset TLDM yang yang lain.

Matlamat pameran ini adalah untuk mewujudkan interaktif bersama para pengunjung dalam perkongsian mengenai pelaksanaan operasi pasukan dan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba sendiri Sistem Lightweight Multiple Launcher New Generation (LML-NG). Pengenalan Misil Starstreak yang digunakan turut menjadi tumpuan pengunjung kerana kecanggihan teknologi masa kini dalam menumpaskan target udara.

Melalui pameran ini juga, ia telah menarik ramai minat warga belia untuk menceburi bidang ketenteraan khususnya bagi perkhidmatan TLDM. Segmen pameran pasukan juga dikunjungi oleh ramai pihak daripada dalam dan luar agensi. Justeru itu, pameran ini telah membuka mata pelbagai pihak berkenaan kepentingan aset pertahanan udara dalam perkhidmatan TLDM.

Pasukan turut menerima kunjungan daripada Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU), Brig Jen Zainal bin Mohd Noor selaku ketua Tim Projek VSHORAD ATM bagi perolehan Sistem Misil Starstreak. Pameran ini sememangnya adalah suatu platform yang baik bagi PPU TLDM Kota Kinabalu untuk mempamerkan aset Pertahanan Udara TLDM dan wajar diteruskan pada program LIMA yang akan datang.

Sumber : PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU
Artikel   : Lt Mohamad Izwan bin Zainal Abidin TLDM
Foto      : PW I PAP Roslan bin Nordin

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 24 April 2019 05:28

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM