Apr 24

SENAMROBIK PERDANA MAWILLA 1 SEMPENA HARI TLDM KE-85

12Warga Navy People MAWILLA 1 dan Tim Slim Fit Kuantan bergambar kenangan

KUANTAN, 13 Apr –Markas Wilayah Laut 1 telah menganjurkan aktiviti Senamrobik Perdana sempena Hari TLDM Ke-85 dengan jemputan jurulatih senamrobik dari Slim Fit Kuantan di Padang MPK 3. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan serta melibatkan banyak penyertaan dari luar seperti Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Terengganu, Politeknik Sultan Ahamad Shah, Pangkalan Udara TUDM Kuantan, 4 Briged Mekanise, Tim Promosi Kerjaya TLDM dari Markas Tentera Laut serta orang awam yang berkunjung ke Padang MPK 3 untuk beriadah bersama keluarga.

Aktiviti senamrobik ini bermula dengan kehadiran YBhg Panglima Wilayah Laut 1, Ketua Staf, Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Waran Markas dan warga Navy People MAWILLA 1. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Semangat yang tinggi telah dipamerkan oleh warga Navy People MAWILLA 1 untuk kekal di tempat masing – masing yangmana secara tidak langsung telah menaikkan semangat serta mengeratkan silatulrahim warga awam dan warga Navy People MAWILLA 1 untuk turut bersama – sama sehingga aktiviti selesai

Sumber : Pejabat Sukan Sri Kuantan
Artikel   : PW II JJM Mugilan a/l Dorasamy
            : LK JJM Jamaliah binti Abdul Kahar
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
            : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 24 April 2019 01:37

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 62

Semalam 350

Bulan ini 8062

Keseluruhan 549982

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM