Apr 28

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-85 PWTL KUCHING

9Warga Navy People PWTL Kuching bergambar kenangan selesai upacara
perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-85

KUCHING, 27 Apr - Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching telah menganjurkan perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-85 dan ucapan teks Perutusan Hari Ulang Tahun TLDM ke-85 bertempat di PWTL Kuching.

Dalam masa yang sama juga, Majlis Jasamu Dikenang turut dilaksanakan bagi menghargai jasa-jasa pengorbanan kepada bekas anggota TLDM yang telah tamat perkhidmatan pada tahun 2018. Program ini melibatkan penyertaan dari PWTL Kuching, PSTL Kuching, Tim Nukleus MAWILLA 4, pesara TLDM serta tetamu jemputan.

Ucapan Teks Perutusan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-85 dilaksanakankan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM dan beliau juga dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa perbarisan.

Wakil jabatan, agensi serta majikan turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Ulang Tahun TLDM ke-85 bagi mempromosikan kerjaya Tentera Laut kepada warga Kuching amnya dan Sarawak khasnya serta menarik minat anak-anak tempatan Sarawak menceburi diri dalam bidang ketenteraan Tentera Laut. Antara aktiviti yang turut dilaksanakan sempena sambutan hari ulang tahun TLDM termasuk program derma darah bertempat di Tabung Darah Hospital Umum Kuching pada 26 Apr.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Ahad, 28 April 2019 07:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 62

Semalam 350

Bulan ini 8062

Keseluruhan 549982

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM