Apr 29

PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-85 PERINGKAT LEMBAH KLANG

KDSG 19Laksda Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra ketika memeriksa perbarisan

KUALA LUMPUR, 27 Apr - Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (HUT TLDM) ke-85 Peringkat Lembah Klang telah berlangsung dengan penuh istiadat di Padang Kawad KD SRI GOMBAK (KDSG) pagi ini. Istiadat perbarisan pada kali ini telah disempurnakan oleh Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah, Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais selaku Pegawai Tabik Hormat. 

Tema sambutan HUT TLDM pada tahun ini – ‘Armada Siaga TLDM Perkasa' telah dipilih bagi memberi aspirasi kepada setiap warga The Navy People untuk memberi fokus tentang kesiagaan Armada. Kesiagaan Armada ini seiring dengan perancangan program Transformasi 15 ke 5. Perbarisan pagi ini diketuai oleh Komander Megat Hazlan bin Megat Hashim TLDM sebagai Pegawai Perbarisan dan dibantu oleh Pegawai Waran I TLS Mohd Nor Fakri bin Ani sebagai Pegawai Waran Perbarisan. Sebanyak 6 platun terdiri daripada 32 orang pegawai dan 153 orang anggota Lain-Lain Pangkat menyertai perbarisan.

Perbarisan ini juga menonjolkan kerjasama di antara TLDM dengan Kementerian Pendidikan di mana seramai 35 ahli pancaragam dari Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Sekolah Menengah Kebangsaan St. John telah diberi kepercayaan untuk mengiringi perbarisan sepanjang upacara berlangsung.

Melangkah ke satu tahun yang baharu bagi TLDM, sambutan ini wajar mengingatkan warga The Navy People tentang sejarah kewujudan TLDM dan sekaligus mampu memotivasikan warga The Navy People untuk memperbaharui azam dan tekad. Ia turut mengingatkan TLDM tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh negara tercinta. Sambutan HUT TLDM ke-85 ini juga sebagai tanda kesyukuran warga The Navy People terhadap keamanan negara yang dinikmati hasil daripada jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan termasuklah daripada golongan Veteran TLDM.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 29 April 2019 01:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM