Apr 29

KD KEDAH ANJUR PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA WARGA SURAU AL-IKRAM TAMAN SEJATI SITIAWAN

KD KEDAH 1Warga Taman Sejati bergambar kenangan bersama agensi yang terlibat

SITIAWAN, 28 Apr – Satu aktiviti gotong-royong perdana telah dilaksanakan di sekitar surau Al-Ikram Taman Sejati yang melibatkan beberapa agensi antaranya VETERAN TLDM, Kapal Diraja KEDAH, Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta warga penduduk di Taman Sejati.

Kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerapkan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah komuniti seperti yang telah ditunjukkan oleh 80 sukarelawan daripada beberapa agensi serta penduduk Taman Sejati. Program tersebut bermula pukul 8.30 hingga pukul 12 tengah hari turut disediakan juadah sarapan pagi dan juga makan tengahari kepada yang terlibat.

Turut hadir, Pegawai Memerintah KD KEDAH, Kdr Hj Shaiful Fadzli bin Ismail TLDM yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa di Taman Sejati serta Pengerusi Taman Sejati En Rozaidi turut bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong sehingga selesai. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan tersebut indah, ceria dan bersih selain menghapus serta membanteras penularan penyakit berjangkit seperti demam denggi. Sementara itu, Rozaidi berkata, gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi mengukuhkan persaudaraan dan semangat kekitaan antara beberapa agensi kerajaan dan penduduk setempat.

Sumber : KD KEDAH

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 29 April 2019 03:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 57

Semalam 350

Bulan ini 8057

Keseluruhan 549977

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM