Apr 29

PERBARISAN HARI TLDM KE-85 TAMPIL KEMEGAHAN TRADISI TENTERA LAUT

Gambar 1Formasi TLDM 85 simbolik Perbarisan Hari TLDM 2019

LUMUT, 27 Apr – Istiadat Perbarisan Hari TLDM Ke-85 telah berlangsung penuh gah di Padang Kawad KD PELANDOK. Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany tampil segak menerima tabik hormat yang diberikan warga Navy People sejurus tiba di lokasi majlis.

Istimewa perbarisan kali ini, ia turut menjadi perbarisan Hari TLDM yang pertama bagi Panglima Tentera Laut sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan pada 30 November 2018 yang lalu. 2 Divisyen bersamaan lapan kontinjen melangkah penuh segak memulakan perbarisan. Seramai 26 Pegawai termasuk Pengawal Medan dan 538 Anggota Lain-lain Pangkat telah memberikan persembahan kawad terbaik kepada kepimpinan tertinggi TLDM. Komander Mohd Hilmi bin Yusof TLDM dibantu Leftenan Komander Kamarul Nizam bin Abdul Samad TLDM telah dipilih bagi memimpin anggota perbarisan hari ini.

Perbarisan penuh tertib dan disiplin diiringi enam Panji-panji TLDM iaitu KD MALAYA, KD PELANDOK, KD PANGLIMA HITAM, KD DUYONG dan Skuadron ke-23 mempamerkan tradisi, kesiagaan dan kesediaan warga Navy People. Laungan ’Gempur Wira’ sebanyak tiga kali turut bergema di akhir perbarisan, membuktikan kesediaan warga untuk berganding bahu dan ’Sedia Berkorban’ dalam mencurahkan bakti demi merealisasikan aspirasi pucuk pimpinan TLDM serta siap siaga mempertahankan perairan negara. Lintas hormat oleh aset udara TLDM, SUPER LYNX dan FENNEC turut terlaksana melengkapkan perbarisan bersejarah ini. Formasi ‘TLDM 85’ turut dibentuk oleh kesemua anggota perbarisan bagi mematrikan kenangan dan simbolik bagi perbarisan kali ini.

Perbarisan kali ini turut diserikan dengan penyampaian anugerah bagi beberapa kategori seperti;
a) Piala Agong – KD YU
b) Piala Gonzales – KD KASTURI
c) Piala Panglima Tentera Laut – KD KASTURI
d) Bintara Terbaik–Bintara Kanan PAP (PASKAL) Romaizul bin Ismail
e) Laskar Terbaik – Laskar Kanan PAP (PASKAL) Mohd Kamil bin Mustafa
f) Penerima Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut;
i) KD TUN RAZAK.
ii) Komander Murugaya A/L Edward Pany TLDM.
iii) Leftenan Komander Norhasram binti Mohd Muharami TLDM.
iv) Leftenan Komander Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM.
v) Leftenan Komander Azlin bin Dato’ Haji Alias TLDM.
vi) Pegawai Waren I PRL Mohd Arifin bin Awang.
vii) Pegawai Waren I PWP Mohamad Azira bin Mohd Rasdi.
viii) Bintara Kanan PNK Muhamad Kamal bin Haji Zainuddin.
ix) Laskar Kanan PLM Mohamad Firdaus bin Yunus.
x) Laskar Kelas I JJM Weltron Duanis.
xi) Laskar Kelas I PAP Jamalul Hayat A.Baser.

g) Pemenang Peraduan Mengarang Esei Maritim TLDM 2019;
i) Kategori Pegawai Kanan – Kept Yusri bin Yusoff TLDM.
ii) Kategori Pegawai (Lt Kdr Kebawah) – Lt Kdr Mohamad Asri bin Dasman TLDM.
iii) Kategori Bintara Muda (Keatas) – Bintara Muda Mohd Shahidan bin Md Radzi.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 30 April 2019 04:24

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 53

Semalam 350

Bulan ini 8053

Keseluruhan 549973

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM