Apr 29

22 YANG TERBAIK TAMAT KURSUS ASAS KOMANDO (PASKAL) SIRI 66/18

Sentiasa TerbaikPanglima Armada Barat menyempurnakan pemakaian beret PASKAL kepada
pegawai APMM yg juga penuntut Kursus Asas Komando PASKAL Siri 66

LUMUT, 28 Apr – Seramai 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang Pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dianugerahkan beret ungu kebanggaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam Majlis Penutup Kursus Asas Komando PASKAL Siri 66/18 di Padang Kawad Pusat Latihan PASKAL, Pangkalan TLDM Lumut. Pada upacara ini Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli, Panglima Armada Barat telah diberikan penghormatan untuk memakaikan beret ungu PASKAL kepada penuntut kursus yang telah berjaya menamatkan latihan.

Kursus Asas Komando PASKAL Siri 66/18 telah bermula pada 3 Disember 2018 dan merangkumi 6 peringkat iaitu peringkat pemanasan, kem, paya, laut dan fasa terakhir iaitu pelarian serta pelolosan. Pada permulaan kursus, seramai 3 pegawai dan 133 anggota LLP telah melapor untuk menyertai kursus. Peratus kelulusan yang dicapai pada siri kali ini adalah sebanyak 16% menunjukkan PASKAL sentiasa mementingkan kualiti dan memastikan warga baru PASKAL benar-benar layak untuk bergelar anggota PASKAL sesuai dengan cogan kata PASKAL, “Sentiasa Yang Terbaik”.

Majlis penutup pada kali ini juga telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan serta ahli keluarga penuntut kursus. Menarik kali ini, para hadirin turut dipertontonkan dengan tarian Ugly Commando Dance oleh penuntut kursus dan upacara ketukan loceng sebanyak 22 kali yang menandakan simbolik 22 orang penuntut telah berjaya menamatkan kursus.

840430 LK II PRL Jeri bin Almistu yang berasal dari Semporna, Sabah telah dipilih sebagai penuntut terbaik kursus. Panglima Armada Barat dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penuntut kursus yang berjaya menamatkan latihan dan menyeru warga PASKAL untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi pelbagai ancaman pada masa kini.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Isnin, 29 April 2019 09:01

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 32

Semalam 355

Bulan ini 7559

Keseluruhan 587485

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM