Mei 01

HARI TERBUKA ARMADA 2019 MAWILLA 1

HTA MAWILLA 1Pengunjung cilik tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama
anggota Pasukan Kawad Senyap TLDM

TANJUNG GELANG, 28 April – Markas Wilayah Laut 1 yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah menganjurkan Hari Terbuka Armada (HTA) 2019 bertempat di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang bermula pada 27 dan 28 April 19. Majlis Perasmian HTA 2019 telah disempurnakan oleh Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis, Panglima Wilayah Laut 1 di Beach One Pangkalan TLDM Tg Gelang. Seluruh lapisan masyarakat dijemput memeriahkan program ini. Dianggarkan lebih 9000 orang pengunjung telah membanjiri HTA yang merupakan acara tahunan bagi meraikan Hari TLDM ke-85.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Demonstrasi Keupayaan Armada, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Futsal, Pertunjukan Kawad Senyap TLDM, Restoran Terapung, E-Sport Challenge, Pameran Kerjaya, Pameran Statik Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta, Boat Ride, Pameran Statik Pesawat Udara iaitu EC725 milik TUDM, Pameran Statik Kenderan Berperisai AV8 GEMPITA 8x8, Demonstrasi Pemindahan Jackstay, Pameran dan Demonstrasi Melawan Kebakaran oleh Bomba TLDM, Pertandingan Karaoke dan Mini Konsert serta Fun Walk.

Seluruh Pangkalan Utama TLDM termasuk Pangkalan TLDM Tanjung Gelang mengadakan HTA. Tujuan HTA diadakan antaranya adalah untuk menghargai sokongan rakyat kepada TLDM serta memberi peluang kepada mereka mengenali TLDM secara dekat agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab TLDM dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara. HTA 2019 ini diadakan bersempena Hari TLDM ke-85 di mana ia melibatkan 5 buah kapal TLDM iaitu KD TERENGGANU, KD PAHANG, KD PERDANA, KD HANDALAN dan KD PERKASA dibuka untuk lawatan orang ramai.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat lagi aset-aset TLDM, malah mengeratkan hubungan masyarakat setempat terutamanya di Kuantan dengan memberi ruang beramah mesra bersama anggota TLDM terutamanya yang bertugas di kapal-kapal. 

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : Pejabat Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
            : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 01 Mei 2019 01:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 52

Semalam 350

Bulan ini 8052

Keseluruhan 549972

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM