Mei 01

PERBARISAN HARI TLDM KE–85 PERINGKAT MAWILLA 1

AWarga Navy People MAWILLA 1 membentuk formasi simbolik 85
sempena sambutan Hari TLDM

TANJUNG GELANG, 27 April - Perbarisan Hari TLDM ke-85 peringkat Markas Wilayah Laut 1 telah berlangsung dengan jayanya. Perbarisan ini telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dengan diketuai oleh Lt Kdr Muhammad Hanif bin Ismail TLDM dan dibantu oleh Pegawai Waren Perbarisan PW I TMK Abd Halim bin Abdullah. Tema sambutan Hari TLDM pada tahun ini iaitu ‘Armada Siaga TLDM Perkasa' telah dipilih bagi memberi inspirasi kepada setiap warga The Navy People untuk memberi fokus tentang kesiagaan Armada. Kesiagaan Armada ini seiring dengan perancangan program Transformasi 15 ke 5.

KD GANYANG telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Piala Panglima Wilayah Laut 1 di mana ia dinilaikan daripada tahap kesiagaan dan pengoperasian kapal di laut. Anugerah Bintara Berkualiti bagi suku tahun pertama 2019 disandang oleh PW II Azwati binti Hamzah dari Pejabat Agama Sri Kuantan dan Anugerah Laskar Berkualiti bagi suku tahun pertama 2019 disandang oleh LK TNL Muhamad Radzi bin Rafie Mohamad dari unit PSTL Kuantan. Anugerah Bintara Terbaik 2018 pula disandang oleh PW I TLR Mohd Azlan bin Abd Rahman dari KD PERKASA manakala Anugerah Laskar Terbaik 2018 disandang oleh LK PNK Marini binti Atoh dari Sri Kuantan. Selesai penyampaian hadiah serta sijil kepada pemenang, Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis membaca teks Perutusan Hari TLDM ke-85. Perutusan ini dibaca serentak di semua Pangkalan TLDM di seluruh Malaysia oleh Panglima Formasi atau Pegawai Memerintah unit masing-masing.

Selesai perbarisan tersebut, PANGWILLA 1 telah melawat serta menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peniaga-peniaga di gerai-gerai jualan sekitar jeti Tambatan Pangkalan Kuantan (TPK). Selepas melawat gerai-gerai jualan, PANGWILLA 1 merasmikan Hari Terbuka Armada di Beach One. Acara dimulakan dengan Pertunjukan Kawad Senyap daripada PROTELA Kuantan dan Demonstrasi Keupayaan Armada TLDM. Pertunjukan dan demonstrasi tersebut berjaya memukau para pengunjung yang hadir. Sejurus itu, PANGWILLA 1 berangkat ke Auditorium Al-Haimi untuk melawat gerai-gerai pameran.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 01 Mei 2019 02:24

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 54

Semalam 350

Bulan ini 8054

Keseluruhan 549974

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM