Mei 03

PROGRAM DERMA DARAH TLDM BERSAMA MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI TLDM KE-85

Gambar 1 Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam
ditemuramah oleh wartawan RTM

KOTA KINABALU, 1 Mei – Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah mengkoordinasikan Program Derma Darah TLDM Bersama Masyarakat di Pusat Beli Belah IMAGO Kota Kinabalu. Program ini merupakan antara program utama yang dikelolakan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) bersempena dengan Hari Ulang Tahun TLDM ke-85 dan dirasmikan oleh Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam.

Aktiviti utama program ini adalah menderma darah yang diselia oleh Hospital Queen Elizabeth II bagi tujuan mengisi tabung bekalan darah hospital ini. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan iaitu Rotary Club of Penampang yang berperanan dalam mempromosi dan menarik perhatian pengunjung untuk turut menderma darah.

Aktiviti lain turut dilaksanakan iaitu saringan kesihatan mental oleh Hospital Mesra Bukit Padang, pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, pameran kerjaya TLDM oleh MPKS, Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu, KD SRI LIKAS dan Pasukan Selam MPA Timur. Beberapa orang anggota PASKAL dari KD SRI SEMPORNA yang mengenakan beberapa jenis pakaian PASKAL turut memeriahkan program ini bagi tujuan menarik perhatian pengunjung. Selain itu, warga dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik Terumbu Band.

Program ini telah mencapai objektif kerana telah berjaya menarik warga dan pengunjung seramai 258 orang untuk menderma darah. Namun demikian, setelah saringan kesihatan dibuat jumlah penderma yang berjaya diperolehi adalah seramai 193 orang. Program ini telah memberi impak yang tinggi kerana selain membantu pihak hospital memperolehi bekalan darah, ia juga telah berjaya mendekatkan TLDM kepada masyarakat awam kerana program ini dibuat di lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong.

Sumber : Pejabat Perhubungan Strategik MPKS
Artikel   : Lt Kdr Mohd Fazerulazizi bin Zainal Abidin
Foto      : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 03 Mei 2019 02:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 501

Bulan ini 8692

Keseluruhan 574938

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM