Mei 08

MESYUARAT LEMBAGA KELAYAKAN KAPAL SELAM KE 15 SIRI 1/2019

GAMBAR 1Panglima Angkatan Kapal Selam dan Timbalan Panglima Tentera Laut
bergambar bersama Lembaga Kelayakan Kapal Selam
 

KOTA KINABALU, 6 Mei - Mesyuarat Lembaga Kelayakan Kapal Selam (LKKS) Ke-15 siri 1/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Laksdya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL). Mesyuarat turut dihadiri oleh 5 ahli tetap iaitu Panglima Angkatan Kapal Selam sebagai Timbalan Pengerusi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), serta Pegawai Kanan MPKS. Ketibaan TPTL telah disambut oleh Panglima Kapal Selam dan Pegawai Kanan MPKS. TPTL seterusnya menerima tabik hormat dan melaksanakan pemeriksaan terhadap kawalan suku.

Secara amnya, LKKS ditubuhkan bagi menentukan tahap kepakaran serta kemahiran pegawai dan anggota berkepakaran kapal selam sentiasa berada di tahap yang terbaik. Ia merangkumi penentuan mekanisme dalam melaksanakan perakuan, pemberian atau peningkatan kelayakan, pelucutan atau penurunan kelayakan dan penilaian prestasi warga berkepakaran kapal selam.

Sumber  : Pusat Latihan Kapal Selam
Artikel    : Lt Dya Idd Mubarak bin Zamri TLDM
Foto       : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 08 Mei 2019 01:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM