Mei 17

MPAB MENGIKTIRAF DAN MENGHARGAI WARGA NAVY PEOPLE YANG CEMERLANG

APC MPABPanglima Armada Barat bergambar kenangan bersama warga
Navy People yang menerima sijil dan anugerah

LUMUT, 16 Mei – Markas Pemerintahan Armada Barat telah menganjurkan majlis keraian di serambi markas hari ini. Majlis tiga dalam satu ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan oleh kepimpinan tertinggi terhadap warga Navy People yang telah berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dan juga warga yang berjaya menjadi calon akhir bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada Bintara Terbaik TLDM 2018 iaitu BM PAP (PKL) Mohd Sarizam bin Mustafa. Seterusnya, Panglima Armada Barat berbesar hati menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada sembilan warga Navy People yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dan membanggakan sepanjang tahun 2018.

Di majlis yang sama, Panglima Armada Barat turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada anggota yang telah dipilih sebagai Bintara, Laskar dan Staf Awam Berkualiti Suku Tahun Pertama 2019 seperti berikut:

Bintara Berkualiti – BM PNK Abu Hanifah bin Mohd Halit
Laskar Berkualiti – LK PRL Mohd Faizul bin Che Muda
Staf Awam Berkualiti – Encik Roslan bin Hamid

Sebelum menutup tirai, Panglima Armada Barat turut menyampaikan Sijil Penyertaan kepada kumpulan peserta yang telah melayakkan diri bagi Pertandingan Akhir Anugerah Inovasi Tentera Laut. Syabas dan tahniah kepada semua penerima sijil dan anugerah.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Jumaat, 17 Mei 2019 02:12

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM