Mei 17

6 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT DALAM BULAN RAMADAN

Pemakaian Pangkat MPABTahniah dan syabas buat kesemua pegawai yang dinaikkan pangkat!

LUMUT, 17 Mei – Ramadan datang membawa berkat dan rahmat. Keterujaan dan kegembiraan nyata terpancar di wajah keenam-enam pegawai TLDM yang dinaikkan pangkat daripada Leftenan Madya TLDM kepada Leftenan TLDM.

Warga Navy People mula menghadiri majlis seawal jam 8.30 pagi bagi sama-sama menyaksikan serta memberi sokongan kepada para pegawai yang menerima kenaikan pangkat hari ini di Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat. Panglima Armada Barat diiringi Timbalan Panglima Armada Barat hadir bagi menyempurnakan pemakaian pangkat baharu kepada pegawai-pegawai ini.

Pegawai yang menerima kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1. Lt Muhammad Ikhwan bin Zulkifli TLDM – Depot Kenderaan TLDM
2. Lt Muhammad Zulhilmi bin Abdul Kadir – Pejabat Panglima Armada Barat
3. Lt Che Abdul Razi bin Che Abdul Manap – Wisma Samudera
4. Lt Mohamad Noor Qhairi bin Abdullah – KD MALAYA
5. Lt Muhamad Syukri bin Abdul Rahman – Depot Bekalan Armada Barat
6. Lt Anis Fartina binti Alias – KD DUYONG

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli berharap agar kenaikan pangkat ini mampu menjadi pendorong bagi kesemua pegawai untuk terus berusaha memberikan yang terbaik bagi perkhidmatan. Beliau turut menambah, setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan amanah agar pegawai sentiasa dapat mempamerkan contoh terbaik kepada setiap anggota yang dipimpin.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Jumaat, 17 Mei 2019 02:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 338

Semalam 508

Bulan ini 10785

Keseluruhan 564335

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM