Mei 19

MAJLIS PENYAMPAIAN BUNGKUSAN RAYA OLEH PANGLIMA TENTERA LAUT DI MARKAS WILAYAH LAUT 3

PTL menyampaikan bungkusan raya kepada warga MAWILLA 3 gambar utamaPanglima Tentera Laut menyampaikan bungkusan raya kepada warga MAWILLA 3

LANGKAWI, 17 Mei – Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah hadir ke Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Bungkusan Raya kepada warga The Navy People yang akan bertugas semasa hari lebaran. Turut hadir ke majlis ini adalah Pegawai Memerintah Unit Bantuan Utara TLDM dan Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang selaku Unit Bawah Naungan MAWILLA 3.

MAWILLA 3 amat bertuah kerana telah menjadi lokasi pertama bagi kunjungan Panglima Tentera Laut untuk pengagihan bungkusan raya. PTL telah melaksanakan pemeriksaan ke atas Kawalan Suku dan seterusnya menandatangani buku pelawat setiba di MAWILLA 3. Seterusnya, Majlis Penyampaian Bungkusan Raya kepada 13 pegawai dan wakil awasan bertugas telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut diiringi oleh Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Mohamad Azuwan bin Harun di Dewan Tun Rahah, MAWILLA 3.

Dalam ucapan beliau menyatakan seramai lebih kurang 2000 warga The Navy People akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri akan datang dan beliau amat berbangga dengan pengorbanan warga terlibat yang sanggup berjauhan dari keluarga tercinta demi menjaga keamanan serta kedaulatan maritim negara di hari lebaran yang mulia ini. TLDM sebagai institusi keselamatan maritim negara haruslah sentiasa menjunjung erat moto ‘Sedia Berkorban’ walau di mana jua berada.

Majlis diteruskan dengan program Tazkirah dan Solat Jumaat di Surau Al-Aziz, MAWILLA 3. Tazkirah dan Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Firdaus bin Che Russ dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah. Majlis telah selesai sepenuhnya pada jam 1415H dan Panglima Tentera Laut bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Pangkalan TLDM Lumut untuk Majlis Penyampaian Bungkusan Raya serta Majlis Berbuka Puasa bersama warga The Navy People Lumut.

Sumber : Markas Wilayah Laut 3

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 20 Mei 2019 02:02

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 338

Semalam 508

Bulan ini 10785

Keseluruhan 564335

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM