Mei 27

PENYERAHAN SUMBANGSIH GAWAI RAYA 2019

Majlis Sumbangsih GawaiRayaSesi Bergambar Warga PWTL, PSTL dan Tim Nukleus MAWILLA 4

KUCHING, 27 Mei – Majlis Penyerahan Sumbangsih Gawai Raya telah dilaksanakan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching (PWTL), Kdr Jeffrey anak Nerat TLDM bertempat di ruang legar PWTL Kuching. Majlis ini dilaksanakan pada setiap tahun melalui sumbangan daripada pihak kerajaan negeri di mana pada tahun ini ianya dikoordinasikan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga PSTL Kuching dan Tim Nukleus MAWILLA 4.

Sumbangsih Gawai Raya pada tahun ini telah disumbangkan oleh pihak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak – Kanak Negeri Sarawak sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan ini telah diagihkan kepada unit-unit dan agensi-agensi terlibat pada 17 Mei 19 di Dewan Bukavu oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching juga turut mengambil kesempatan untuk memberi nasihat dan pesanan kepada semua warga The Navy People yang akan balik bercuti sempena Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri agar sentiasa menekankan aspek keselamatan sepanjang perjalanan balik bercuti dan kembali bertugas dengan selamat.

Sumber : PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I TLR Strikalai Mannan A/L Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Selasa, 28 Mei 2019 05:27

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 30

Semalam 355

Bulan ini 7557

Keseluruhan 587483

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM