Mei 28

PROGRAM RAMADHAN KD SRI SEMPORNA

KD SRI SEMPORNAWarga KD SRI SEMPORNA bergambar selepas selesai Majlis Khatam Al-Quran

SEMPORNA, 27 Mei – KD SRI SEMPORNA telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan. Antaranya, Majlis Pemakaian Pangkat, Simbolik Sambutan Hari Perayaan, Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Pangkalan.

Bermula dengan majlis pemakaian pangkat dan simbolik sambutan perayaan pada 24 Mei 19. Seluruh warga menyaksikan pemakaian pangkat Lt Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM yang dinaikkan pangkat Lt Dya TLDM ke Lt TLDM. Selain itu, simbolik sambutan hari perayaan yang melibatkan hari raya aidilfitri, hari gawai dan pesta keamatan turut berlangsung. Keunikan simbolik perayaan tahun ini, warga yang terlibat dalam 3 perayaan mengenakan kostum suku kaum masing-masing. Suku kaum yang terlibat iaitu melayu, iban dan bidayuh.

Pada 25 Mei 19, Majlis Khatam Al-Quran telah dilaksanakan serentak oleh warga KDSM dan ahli Bakat (L). Seterusnya diakhiri dengan Iftar Perdana Pangkalan.

Sumber : Perhubungan Awam KDSM

Last modified on Selasa, 28 Mei 2019 05:30

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 336

Semalam 508

Bulan ini 10783

Keseluruhan 564333

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM