Mei 29

MAJLIS PENYERAHAN BUNGKUSAN RAYA DAN BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN

6YB Menteri Pertahanan menyerahkan bungkusan raya kepada
anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri

TANJUNG GELANG, 27 Mei – YB Tn Haji Mohamad bin Sabu telah hadir ke KD PAHANG untuk Majlis Penyerahan Bungkusan Raya dan Berbuka Puasa. Turut hadir adalah Ketua Setiusaha Kementerian Pertahanan, YBHG Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali, Panglima Tentera Laut, Laksmana Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany dan delegasi Kerajaan Negeri Pahang. YB Menteri Pertahanan telah dibawa untuk melawat ke sekitar kompartmen yang terdapat di kapal serta beramah mesra bersama warga KD PAHANG. Antara kompartmen yang dilawat adalah surau, kamar bintara, wisma bintara, rumah masak, bilik rawatan, wisma pegawai, kamar pegawai memerintah dan anjungan.

Aktiviti diteruskan dengan penyerahan bungkusan raya kepada warga The Navy People yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Seramai 15 warga The Navy People mewakili unit-unit yang terdapat di Markas Wilayah Laut 1 hadir menerima bungkusan tersebut. YB Menteri Pertahanan turut menyaksikan evolusi tali balingan, sail pass dan fly pass yang melibatkan kapal-kapal yang telibat dalam Perang Tioman 3/19. Evolusi tali balingan dilaksanakan oleh KD PAHANG bersama KD PENDEKAR dan KD PERDANA. Semasa evolusi tersebut, KD PAHANG telah membekalkan bungkusan raya sebagai simbolik kepada kedua-dua buah kapal tersebut kerana bertugas menjaga perairan negara pada hari raya aidilftri.

Selesai evolusi pemindahan tali balingan, kapal dari skuadron korvet ke-24 telah melaksanakan sail pass sebagai tanda penghormatan kepada tetamu kehormat pada hari tersebut iaitu YB Menteri Pertahanan. Pesawat Fennec turut memberikan penghormatan dengan melaksanakan fly pass selesai kapal dari skuadron korvet ke-24 melaksanakan sail pass.

Acara diteruskan dengan tazkirah ringkas yang diberikan oleh Mejar Abdul Jabar bin Yusof dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa bersama YB Menteri Pertahanan di Geladak Penerbangan.YB Menteri Pertahanan meninggalkan majlis bersama pesawat EC 725 pada jam 2130H.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : Lt Dya Siti Azra binti Abd Razak TLDM
Foto      : LK PBS Nizam
            : LK PAP Saiful

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 29 Mei 2019 08:12

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 32

Semalam 355

Bulan ini 7559

Keseluruhan 587485

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM