Mei 30

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, PENYERAHAN BUNGKUSAN RAYA DAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR

14Pegawai Memerintah UBU TLDM menyampaikan beg barangan Hari Raya

BUTTERWORTH, 30 Mei – Unit Bantuan Utara TLDM (UBU TLDM) telah melaksanakan beberapa acara iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penyerahan Bungkusan Raya dan Anggota Bertukar Keluar di Surau UBU TLDM. Majlis Khatam Al-quran ini dilakukan bagi meningkatkan bacaan al-quran dari segi tajwid dan membentuk nilai-nilai murni dikalangan peserta yang terlibat dengan tadarus sepanjang bulan Ramadhan.

Penyampaian Sijil Anugerah Perkhimatan Cemerlang kepada warga yang menunjukkan perkhidmatan dan keperibadian yang cemerlang semasa bertugas sebagai warga UBU TLDM dan Penyerahan Bungkusan Raya kepada mereka yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri. Objektif bagi majlis ini adalah untuk meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT di bulan Ramadhan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhwah dikalangan warga UBU TLDM.

Di kesempatan ini juga, Pegawai Memerintah UBU TLDM menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan anggota yang bertukar keluar. Pegawai memerintah juga menyampai amanat kepada warga UBU TLDM supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang berhari raya di kampung.

Sumber : Unit Bantuan Utara TLDM (UBU TLDM)
Artikel   : Lt Dya Mohamad Hafiz Izzudin Bin Mohamad Noh TLDM
Foto      : LK I TMK Mohd Saiful Anuar Bin Che Mohamed Zanara

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 30 Mei 2019 07:13

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM