Jun 17

AUDIT KESIAPSIAGAAN MARKAS WILAYAH LAUT 1 2019

Lawatan PemeriksaanLaksma Khir Junaidi selaku Timbalan Ketua Audit membuat lawatan
pemeriksaan sempena Audit Kesiapsiagaan MAWILLA 1 2019

TANJUNG GELANG, 14 Jun - Audit Kesiapsiagaan Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah dilaksanakan pada 11 hingga 14 Jun 19 oleh Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Pemerintahan Armada Barat.

Audit dilaksanakan berdasarkan sistem pentadbiran N-Series merangkumi Bahagian Pentadbiran (N1-1), Bahagian Pengurusan (N1-2), Bahagian Perisikan (N2), Bahagian Operasi dan Eksesais (N3), Bahagian Material (N4-1), Bahagian Kejuruteraan (N4-2), Bahagian Perancangan dan Pembangunan (N5), Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi (N6), dan Bahagian Inspektorat Jeneral (N10) menggunakan Protokol Audit Sistem Star Rating. Lawatan Pemeriksaan pula telah dilaksanakan pada 11 Jun 19 oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksma Khir Junaidi bin Idris, selaku Timbalan Ketua Audit.

MAWILLA 1 telah berjaya mengekalkan pencapaian 5 Bintang dengan peratusan markah keseluruhan 93% berbanding 91.5% pada tahun 2015. Persediaan yang rapi telah membuahkan hasil yang amat bermakna buat MAWILLA 1 walaupun persediaan terpaksa dilakukan ketika umat Islam sibuk menjalani ibadah puasa dan kemeriahan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga MAWILLA 1 di atas pencapaian cemerlang ini.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
            : LK I PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 17 Jun 2019 01:40

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM