Jun 17

2000 WARGA NAVY PEOPLE MERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA PANGKALAN TLDM LUMUT

Raya MPABPanglima Armada Barat bersama tetamu jemputan melihat
gerai menganyam ketupat

LUMUT, 15 Jun – Boom! Meriam buluh berdentum tanda sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangkalan TLDM dimulakan. Dewan Shariff mula dibanjiri warga Navy People seawal jam 8 malam. Tema ‘Retro Raya’ dipilih untuk menggambarkan suasana kampung yang menyambut perayaan terbesar umat Islam ini.

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli bersama Panglima-panglima lain dan tetamu jemputan hadir ke majlis dengan mengayuh basikal tua bagi menggamit kenangan masa lalu. Kehadiran mereka disambut oleh hampir 2000 warga yang datang bersama keluarga dan kanak-kanak kecil.

42 juadah daripada pelbagai rumah keluarga dalam pangkalan TLDM turut sama dipersembahkan kepada Panglima Armada Barat dan tetamu jemputan bagi menggambarkan suasana raya dan juadah kampung yang sinonim dimasak ketika hari raya. Antara yang menjadi tarikan adalah lemang, rendang ayam, dodol dan pelbagai lagi juadah enak.

Dalam majlis penuh meriah ini, Panglima Armada Barat turut sama menyampaikan hadiah kepada pemenang Masakan Terbaik dan Pakaian Sedondon Keluarga. Selain ramah mesra bersama warga Navy People yang hadir, Panglima Armada Barat turut mencetuskan kegembiraan di wajah anak-anak kecil tatkala sesi pemberian duit raya dimulakan.

Artikel       : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Kelulusan  : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Foto          : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Isnin, 17 Jun 2019 07:31

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM