Jun 18

FAIR WINDS FOLLOWING SEAS RAIKAN 212 VETERAN TLDM

Pesara TLDMSelamat Bersara! 212 Pesara TLDM patri kenangan bersama Panglima
Armada Barat dan jawatankuasa penganjur

LUMUT, 17 Jun – Majlis Fair Winds and Following Seas Zon Utara telah dilaksanakan di Auditorium M. Sidek Shabudin pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli.

Seramai 212 pesara telah hadir bagi memberi sokongan kepada majlis yang penuh bermakna ini. Majlis yang saban tahun dilaksanakan ini bertujuan mengenang jasa dan pergorbanan yang telah dicurahkan oleh pesara TLDM semasa berbakti dalam perkhidmatan. TLDM tidak menafikan bahawa setiap warga Navy People menjadi tunggak utama dan turut menyumbang kepada tahap kesiapsiagaan TLDM agar sentiasa dalam keadaan terbaik sehingga ke hari ini. Melalui majlis ini juga, para pesara dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman semasa berkhidmat dalam TLDM.

Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli turut menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN (SSP) bernilai RM400 berserta Sijil Penghargaan TLDM kepada semua pesara yang hadir. Turut hadir meraikan para pesara ini menyaksikan majlis Pegawai-pegawai Kanan dan warga TLDM yang berkhidmat di sekitar Lumut.

Majlis ramah mesra antara pesara-pesara TLDM bersama Panglima Armada Barat ini jelas membuktikan bahawa TLDM tidak melupakan warga Navy People yang terdahulu dan sentiasa memastikan kebajikan pesara-pesara terpelihara walaupun telah bersara dari perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Selasa, 18 Jun 2019 00:18

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM