Jun 19

NAVY PEOPLE BERI PENGHARGAAN TERAKHIR BUAT PANGLIMA ARMADA BARAT KE 23

Perbarisan MPABLaksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli memeriksa kontinjen buat kali
terakhir sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan isnin ini

LUMUT, 19 Jun – Perbarisan Penghargaan Panglima Armada Barat telah dilaksanakan di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM, Lumut dengan penuh tradisi tentera laut. Perbarisan ini merupakan perbarisan yang terakhir daripada warga Navy People sebagai tanda penghargaan bagi Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli setelah beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi di Armada Barat sejak 15 Nov yang lalu.

Perbarisan pagi ini melibatkan 17 Pegawai dan 424 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang tampil segak berpakaian istiadat No.1 TLDM. Kdr Erman Shahril bin Adlan TLDM bersemangat memimpin kontinjen serta dibantu Pegawai Waran Perbarisan iaitu Pegawai Waren 1 PBS Roslan bin Yaacob.

Melengkapi ritual perbarisan ini, Panglima Armada Barat telah mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan warga Navy People. Laungan ‘Gempur Wira’ penuh semangat mempamerkan penghargaan tertinggi warga Navy People kepada kepimpinan tertinggi ini. Lintas hormat oleh skuadron udara TLDM turut memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ini.

Formasi Sauh yang dilaksanakan di akhir perbarisan adalah simbolik kesatuan kesemua warga Navy People di samping menyemat rasa cintakan perkhidmatan TLDM. Majlis berakhir dengan acara ramah mesra antara Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli bersama warga Navy People yang hadir.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Rabu, 19 Jun 2019 11:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 369

Semalam 501

Bulan ini 8693

Keseluruhan 574939

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM