Jun 20

LINTAS HORMAT ARMADA TANDA PENGHARGAAN DARIPADA WARGA ARMADA TLDM KEPADA LAKSAMANA MADYA DATO’ RUSLI BIN RAMLI

Fleet Review PABHormat! Laksamana Madya Dato’ Rusli Ramli dan Datin Nurlaila
menyambut tabik hormat dari warga kapal

LUMUT, 20 Jun – Fleet Review atau Lintas Hormat Armada bersempena Penghargaan Panglima Armada Barat ke-23 telah berlangsung penuh istiadat tentera laut di sekitar Perairan Pulau Pangkor, Perak. Upacara lintas hormat ini telah dihadiri oleh Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli, Panglima Armada Barat ke-23 dan Jawatankuasa Laksamana Armada Barat.

Lintas Hormat Armada telah melibatkan sebanyak 13 buah kapal TLDM, iaitu KD MAHAWANGSA, KD PERANTAU, KD LEKIU, KD JEBAT, KD KASTURI, KD GAGAH SAMUDERA, KD TEGUH SAMUDERA, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD LEDANG dan KD JERAI. Aset Udara TLDM iaitu SUPERLYNX dan FENNEC turut sama menyertai lintas hormat ini dengan terbang melintasi kapal platform 11 pagi. KD MAHAWANGSA telah dipilih menjadi platform bagi menempatkan tetamu jemputan dan KD KASTURI telah menjadi platform yang memberikan 15 das tembakan ‘gun salute’ sebagai tanda perasmian lintas hormat bermula.

Sebelum melintasi kapal platform, kelihatan warga kapal segak mengambil posisi ‘Manning The Side’ di bahagian kanan kapal dan seterusnya Pegawai Memerintah, Pegawai dan Bintara telah memberi tabik hormat. Tiupan tetuang ‘Pipe The Still’ dan 'Pipe Carry On’ turut dilaksanakan sepertimana ritual tentera laut.

Panglima Armada Barat juga sempat beramah mesra bersama warga Navy People yang terlibat sebelum menaiki helikopter pulang ke Pangkalan TLDM Lumut.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

 

Last modified on Khamis, 20 Jun 2019 05:38

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 371

Semalam 501

Bulan ini 8695

Keseluruhan 574941

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM