Jun 23

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MAWILLA 1

Raya MAWILLA 1Wajah-wajah ceria anak-anak kecil beratur untuk mendapatkan duit raya

KUANTAN, 22 Jun – Bertempat di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg Gelang, Majlis Sambutan Aidilfitri Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) 2019 telah berlangsung dengan meriah. Majlis ini dihadiri oleh semua warga MAWILLA 1 bersama keluarga dan tetamu jemputan MAWILLA 1.

Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis dan isteri Puan Mazuiyah binti Mohd Dom turut bersama bagi memeriahkan majlis. Satu kali das tembakan meriam buluh merupakan gimik permulaan majlis. PANGWILLA 1 seterusnya membuat lawatan ke gerai-gerai juadah hari raya dan sempat beramah mesra bersama warga Navy People MAWILLA 1. Juadah hari raya seperti lemang, satay, rendang, dodol dan beberapa juadah lain yang disajikan semasa majlis ini adalah disediakan sendiri oleh unit-unit di bawah naungan MAWILLA 1.

Majlis diteruskan dengan sesi jamuan dan warga Navy People MAWILLA 1 dihiburkan oleh Band Rhythm One yang mendendangkan lagu-lagu instrumental nostalgia hari raya. Bagi meraikan kanak-kanak yang hadir, PANGWILLA 1 bersama isteri dan Ketua Staf MAWILLA 1 dengan berbesar hati menghulurkan sampul duit raya. Jelas terpancar di raut wajah hadirin keceriaan dan seloka sesama warga Navy People menggamitkan lagi suasana ceria hari raya.

Pertandingan Pakaian Sedondon, Bujang Macho, Anggun Pesona dan Comel Bergaya menjadi acara penutup Majlis Sambutan Aidilfitri MAWILLA 1 pada tahun ini. Senyuman para hadirin yang hadir dirakamkan sebagai tatapan dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Majlis sebegini diharapkan dapat mengukuhkan lagi silaturrahim dan ukhwah di kalangan warga MAWILLA 1 khasnya dan Navy People amnya.


Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA
Artikel   : Komunikasi Strategik MAWILLA
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
            : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Last modified on Ahad, 23 Jun 2019 03:30

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM