Jun 29

LAWATAN KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA KE MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

KANM MPKSKetua Audit Negara Malaysia dan Panglima Tentera Laut bersama Tim Audit
serta pegawai-pegawai dari Markas Pemerintahan Kapal Selam

KOTA KINABALU, 27 Jun – Ketua Audit Negara Malaysia (KANM), Yang Berbahagia Dato’ Nik Azman bin Nik Abdul Majid telah melakukan lawatan rasmi ke Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) bersempena dengan kajian audit terhadap pengurusan dan pengoperasian kapal selam TLDM yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

KANM bersama delegasi yang turut disertai oleh pegawai-pegawai Jabatan Audit Negeri Sabah (JANS) telah disambut oleh Panglima Tentera Laut (PTL), Asisten Ketua Staf Kejuruteraan (AKS JUTRA), Markas Tentera Laut (Mk TL) dan Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM.

Aturcara lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat MPKS di mana beberapa siri taklimat telah disampaikan oleh AKS JUTRA dan Ketua Staf MPKS merangkumi pengenalan AKAS TLDM, pengurusan kontrak dan refit kapal selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Taklimat bertujuan memberikan gambaran jelas berkaitan penyelenggaraan kapal selam terutamanya yang melibatkan aspek pematuhan kepada prosedur, pengurusan kewangan, pengurusan alat ganti dan pengendalian kontrak ISS serta refit kapal selam secara keseluruhannya.

Selesai taklimat, KANM dan delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS), dan kedua-dua buah kapal selam negara. Delegasi telah diberi peluang melihat dan menimba pengalaman menyelam dengan menggunakan simulator selaman.
Lawatan ini telah diakhiri dengan sesi tandatangan buku pelawat dan penyerahan cendera kenangan. Audit dan lawatan ini telah dapat memberikan kefahaman yang baik tentang cabaran yang dihadapi TLDM di dalam menguruskan aset strategik negara. Kerjasama yang semakin erat di antara JAN dan TLDM juga telah dapat ditingkatkan melalui lawatan ini.

Sumber : Pejabat Logistik
Artikel   : Lt Muda Muhammad Anas bin Zulkornain TLDM
Foto      : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Sabtu, 29 Jun 2019 13:57

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM