Jun 30

MAJLIS SAMBUTAN GAWAI RAYA 2019

Ngiling BidaiUpacara Simbolik Penutup Majlis “Ngiling Bidai” 

KUCHING, 29 Jun – Unit PWTL dan PSTL Kuching telah menganjurkan Majlis Sambutan Gawai Raya 2019 bertempat di ruang legar PSTL Kuching bersama-sama dengan Tim Nukleus Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 4 dan PSSTLDM Kuching. Majlis ini juga turut menjemput Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) dan Persatuan Bekas TLDM (PBTLDM) serta majikan yang terlibat.

Antara lain objektif majlis dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada semua warga Navy People berkongsi kegembiraan suasana Gawai Raya bersama ahli keluarga dan mengeratkan hubungan silaturahim. Disamping itu ia dapat mewujudkan interaksi dan hubungan harmoni sesama warga yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya majlis yang seumpama, sikap bermaaf-maafan di kalangan warga Navy People dapat diterapkan dan diteruskan tidak hanya pada masa tertentu. Menerusi majlis yang sama, warga Navy People dapat berkenalan dengan anggota veteran yang hadir sambil mendapatkan nasihat untuk kebaikan dalam perkhidmatan TLDM.

Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang majlis berlangsung adalah seperti Jamuan Gawai Raya, sesi karaoke, pertandingan pakaian tradisional, cabutan bertuah dan sumbangan Duit Raya kanak-kanak. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon / PKK Syful Mirza bin Alluwie
Foto      :  LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Klik ke galeri

Last modified on Ahad, 30 Jun 2019 09:25

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM